Thursday, December 8, 2011

SURAT CINTA UNTUK SUAMI: CINTA 7 HARI



Assalamualaikum suamiku....


ANTARA cinta DAN CINTA

Insan yang terlalu sayang cintai ini apa kabar? Moga sihat dan kuat semangat untuk meneruskan hidup dan hari-hari mendatang.. Moga sabar dan tabah melalui hari-hari tanpa isteri disisi.. Isterimu ini terlalu mencintaimu.. Mohon sabar menunggu... Yang hanya sayang mampu ingatkan, kudrat sayang terlalu kecil untuk membahagiakanmu walau sedaya manapun sayang berusaha... kerana kebahagiaan sebenar adalah dengan memohonnya dari pemilik kebahagiaan, Allah SWT.

Secinta manapun sayang pada abang, Allah lebih cinta abang..

Serindu manapun sayang pada abang, Allah lebih rindu abang..

Sebesar kudrat manapun sayang bantu abang, besar lagi bantuan Allah pada abang..

Hidup ni banyak ujiannya, banyak pengajarannya. Kesukaran yang kita lalui buat kita lebih menghargai cinta. Kejauhan yang kita lalui buat kita lebih hargai masa-masa bersama.

CINTA 7 HARI

Abang ingat tak waktu abang melawat sayang di Aceh, ke manapun abang mahu pergi, abang mesti mahu sayang temankan. Tak kiralah kedai di depan rumah. Betapa kita saling menghargai dan mencintai. Sanggup berlapar hanya kerana mahu sayang temankan. Terlalu indah hari-hari yang kita lalui, kan sayang? Kenangan terindah!

Tujuh hari abang berada di Aceh sangat-sangat segar dalam ingatan sayang.. Bagaimana kita berdua belayar dengan kapal Cruse dan merentasi lautan menuju ke Pulau Sabang... Subhanallah, maha suci Allah yang telah mengizinkan kita ke pulau yang sangat indah... pulau kita.. PULAU CINTA!

S A B A N G = S A Y A N G + A B A N G

http://farm4.static.flickr.com/3338/4640748166_07e54165d6.jpg
Tempat abang ajar sayang swimming! hahaha :D

http://serambinews.net/files/photos/xlarge/69d3ca8b981d0833a3551a7f6bc2320f31fd0ebe.jpg
Kapal Cruse yang terlalu UNIK

Terima kasih Tuhan atas CINTAMU dan terima kasih abang atas kasihmu yang terlalu indah.... Ya Allah, peliharalah hati kami, lidah kami, tubuh kami, dan seluruh kehidupan kami dari apa-apa yang boleh menimbulkan persengketaan antara kami suami isteri ya Allah.. Amin ya Rabb.

P/S - Abang, mohon sabar menunggu! Isterimu ini terlalu mengasihimu. Doakan kuliahku di bumi Serambi Makkah ini selesai dengan sukses dan lekas2 pulang ke Malaysia. amin...


Rumah Kost,
Darussalam, Banda Aceh.
8/12/2012, 20:53 WIB.

[+] Read More

Monday, November 21, 2011

Impian Besar 2011 Tercapai

SETAHUN YANG LALU..

Aku mengurung diri di bilik memikirkan sesuatu yang perlu aku capai dalam tempoh sepuluh tahun. Aku mengambil inspirasi dari novel Ayat-ayat Cinta karangan Habiburrahman mengenai perancangan Fahri untuk tempoh sepuluh tahun mendatang yang ditampal di biliknya. Menarik perhatian. Lantas aku mengambil kertas dan mencoret impian-impian jangka panjang (10 tahun) dan impian-impian jangka pendek (1 tahun). Kurang satu jam, satu Gantt Chart1 perjalanan hidupku terhasil. Aku sudah mampu tersenyum puas. :)

Mahu tahu target hidupku?

Pada asalnya aku tidak bersedia untuk berkongsi impian dan cita-citaku dengan sesiapa. Hatta suami akupun tidak tahu tentang kewujudan 'Kertas Impian' yang menggambarkan segala kehendak diri seterusnya menggambarkan siapa aku. Suami? Shock to hear that? Ya, salah satu target besar yang aku curahkan dalam Kertas Impianku itu adalah mendirikan perkahwinan dengan insan yang aku impikan dan boleh bertanggungjawab terhadap aku. Secara tidak langsung, tentulah bertanggungjawab terhadap cita-citaku. Hi hi..B)

Penting sangatkah target dan impian? Mengapa tidak biarkan qada' dan qadar berlaku dengan sendirinya? Mengapa perlu merancang berlebihan sedangkan setiap Muslim itu dikurniakan senjata DOA supaya Perancang terbaik (Tuhan) merancang segalanya? Perlukah bersusah payah dan bersediakah untuk menitiskan air mata tatkala impian tidak selari dengan hakikat sebenar? Nah, mungkin ini adalah sebahagian yang bermain di benak orang-orang yang belum mengerti makna target dan impian. Ya, kita boleh andaikan hidup ini laksana sungai yang mengalir dan di muaranya adalah laut akhirat yang sedia menanti. Seandainya kita sebagai air sungai itu tidak mahu menongkas arus dan membiarkan diri dihantar ke cabang-cabang sungai yang tidak terancang dengan baik, boleh jadi kita ke tempat yang beracun,
kotor, dan menjijikkan. Inilah hidup, kadang kala tenang, kadang kala deras. Beranilah menghadapinya dan beranilah untuk merancangnya. Caranya, banyakkan membaca, berkawan dengan orang-orang yang soleh, dan bertanyakan pendapat ulama'.

Dengan bahasa mudah, aku sangat menghargai orang yang memiliki target dan perancangan dalam hidup. Setahun yang lalu, aku membuat Gantt Chart selama tempoh menuntut ilmu di KIPSAS. Kolej Islam yang terletak di Pahang ini berkapasiti kira-kira 1,000 orang pelajar diploma dari pelbagai jurusan. Bukan angka kecil itu yang mahuku persoalkan, bahkan aku sangat bersyukur kerana merupakan salah seorang anak didik di situ. Cuba nyatakan dalam beribu-ribu kolej dan universiti yang wujud di Malaysia, yang mana peraturannya bertudung labuh wajib untuk muslimat? Yang mana boleh menerima pelajar lepasan sekolah bukan aliran agama untuk mengambil jurusan pengajian Islam? Yang mana menyediakan hostel tanpa perlu mencari rumah sewa sepanjang menuntut ilmu di situ? Yang mana memiliki barisan pensyarah/ ustaz yang bukan hanya mengajar, bahkan mentarbiyah? Yang mana yurannya jauh lagi murah dari kos pengajian di sebuah kolej Islam di Selangor? Bukan mahu membanding sebenarnya.., tetapi mahu menyedarkan anak-anak KIPSAS masa ini yang tidak tahu dek untung dan mensyukuri Qada' hidupnya ditentukan Allah di KIPSAS. Maaf, perenggan ini agak beremosi. OK.., cool balik.

Berbalik kepada Gantt Chart yang telah aku buat, berikut adalah perancangan aku:

  1. Menamatkan tempoh menuntut ilmu di KIPSAS lebih awal: Sepanjang pengetahuanku, tiada lagi semester pendek untuk program diploma mulai tahun 2008. Maknanya, mahu atau tidak, setiap orang yang mengambil jurusan diploma di seluruh negara perlu melalui tempoh pengajian tiga tahun. Oleh sebab semester terakhirku hanya perlu memilih untuk menulis Kertas Projek/praktikal tiga bulan, maka aku merancang untuk memilih menulis kertas projek dalam semester lima. Praktikal bukan? Namun perancangan ini bukan mudah. Aku perlu berhadapan dengan KJ Dakwah dan Pengurusan, Dekan Pengajian Islam, dan Naib Presiden Akademik KIPSAS seorang diri. Bukan hanya satu surat dan bukan hanya satu pertemuan yang perlu kulalui. Bahkan ada mesyuarat khusus untuk permohonanku kerana dibimbangi menyalahi MQA. Syukur, permohonanku berjaya dan dua lagi dari rakan-rakan sekuliah mengikut jejakku.

  2. Menuntut Ilmu di IAIN Ar-Raniry Aceh, Indonesia: Melanjutkan pelajaran di sebahagian IAIN yang membuat MoU dengan KIPSAS adalah suatu kebiasaan. Selain Aceh, IAIN lain yang ditawarkan adalah di Medan, Padang, dan lain-lain. Yang menjadikannya luar dari kebiasaan adalah aku memohon menuntut ilmu di sana sedangkan aku masih belum tamat mengaji di KIPSAS. Itu bukan menjadi masalah. Bukankah jika Allah kata jadi, maka jadilah? Allah pemegang hati kita, dan Allah juga pemegang hati-hati orang-orang tempat mengajiku. Pada saat senior-seniorku mengalami birokrasi untuk menerima sijil diploma masing-masing seperti perlu menyelesaikan pelbagai hutang (jika ada), aku dimudahkan urusan. Sangat mudah! Ini bukan kerja manusia, ini kerja TUHAN! Mengapa Aceh pilihanku? Jawapannya, aku mahu bernaung di Serambi Makkah. Alhamdulillah, tanggal 21 Sept. 2011 aku diterbangkan LCCT ke bandara Sultan Iskandar Muda, Aceh.

  3. Menyelesaikan misi Ekspedisi Dakwah ke Sabah: Perancangan ekspedisi dakwah ini semestinya bukan mudah. Sudah setahun program ini tertangguh. Bagi anda yang selalu membuat kerja dakwah pastinya akan mengakui kekangan kewangan adalah masail yang besar. Keberadaan aku sebagai S/U memberi peluang kepadaku untuk melihat secara life tangisan ustazah kesayanganku, keperihan para ahli, kesakitan, kesukaran, dan pelbagai pengorbanan para pencinta dakwah! That's why I love dakwah very much! Banyak miracle berlaku yang menyebabkan aku sedar bahawa dengan impian dan kerja yang ikhlas tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Syukur program ini ini terlaksana April lalu.

  4. Mendirikan Perkahwinan: Teruja untuk bercerita mengenainya. Aku suka cara dia bermuamalah dengan orang lain. Aku suka cara bercakapnya yang sangat bersederhana dan merendah hati. Aku suka cara dia mengatasi masalah. Aku suka cara dia marah. Aku suka cara dia mengasihi ibu, bapa, dan adik-adiknya. Aku suka cara dia menghargai kawan-kawannya. Aku suka cara dia menghadapi tanggungjawab di luar bebannya. Aku suka cara dia menjaga solatnya. Aku suka mendengarkan bacaannya tatkala menjadi Imam Tarawih di masjid KIPSAS. Aku suka cara belajarnya yang bersahaja tetapi setiap semester mendapat 4.00 flat dalam jurusan Syariah yang digeruni ramai orang. Aku kagum melihat dia mengajar al-Quran seusai kuliah di tiga tempat berbeza sehingga jam 11 malam. Bila dia membuat revisi? Aku suka dia membuat semua itu sekalipun semua itu tidak diperlakukan ke atas aku. Aku mengaguminya tetapi untuk memilikinya adalah di luar batasanku. (Am I right?)


  5. Nah, sekali lagi miracle Allah terjadi! Dia melamarku. Dua tahun yang lalu dia menyatakan komitmennya untuk menjadikan aku teman hidupnya di dunia dan akhirat. Aku cuba menjaga rahsia ini sebatas kemampuanku. Seboleh mungkin sebagai anggota jamaah dakwah aku tidak mahu menimbulkan fitnah ke atas diriku dan agamaku. Namun rupanya dalam rahsia yang cuba kujaga ramai pensyarah telah mengetahuinya. Rahsia bukan lagi rahsia. Kami dijadikan role model. Rasa bersalah dan malu menebal. Bukan ini yang aku mahu.... Sehinggalah terjadinya Qada' Allah apabila dia mengalami kemalangan jalan raya. Dahsyat. Tidak akan dapat aku lupakan Allah menarik balik kewarasannya hampir 24 jam. Dia yang masih di wad ICU menelefonku berulang-ulang kali pada setiap 10 minit untuk memberitahuku bahawa dia mengalami kemalangan. Berulang-ulang kali juga aku menyabarkan dirinya dan juga diriku. Belumpun reda keresahan apabila ibuku tidak pulang semalaman, aku berhadapan pula berita menyayat hati ini. Syukur adik-adikku yang lain tidak henti-henti mengaji dan bangun malam mendirikan solat sunat. Terasa besarnya ujian.

    Hikmahnya amat besar. Kemalangan itu membawa kepada pertemuan dua buah keluarga. Abahku kata, "Nak melawat kak? Lebih baik melawat. Diapun dah banyak menolong. Kalau ada apa-apa terjadi, nanti ada yang menyesal." Dari titik pertemuan itu membawa kepada saranan dari ibuku pada bulan Disember 2010, "Kak, sebelum pergi Aceh kahwinlah dulu," Itulah yang terjadi. Alhamdulillah pada 24 Jun 2011 kami diijabkabulkan dan walimahnya diadakan pada 25 Jun 2011. Peristiwa paling bersejarah 2011 telahpun berlaku!

Tarik nafas kejap. Hidup ini terasa mimpi. Tak sabar menanti hari esok. Menghargai dan dihargai. Menyayangi dan disayangi. Memberi dan menerima. Membantu dan dibantu. Mencinta dan dicintai. Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat pemberian-Mu ini. Sesungguhnya hari-hari duka telahpun berlalu dan kini diganti hari-hari penuh semangat. Suamiku, ibuku, bapaku, adik-adikku, embahku, kawan-kawanku, guru-guruku, orang-orang yang mengasihiku, anda semua terlalu bermakna. Terima kasih atas impian yang telah Engkau kabulkan..


Noraini Nasnan,
21/11/2011
Rumah Kos, Banda Aceh.

1 Gantt Chart: http://en.wikipedia.org/wiki/Gantt_chart

[+] Read More

Friday, November 18, 2011

Ujian Tidak Pernah Berhenti

Kekhilafan, kekurangan, dan kekangan menghambat aku untuk terus menulis di blog ini. Ini blog yang menyimpan kisah hidupku - umumnya. Inilah blog yang menyimpan pelbagai kisah dukaku - khususnya. Inilah tempat curahan hati yang menemukan aku dengan pelbagai macam orang.

Pelbagai pendapat.

Pelbagai pendirian.

Di sinilah tempatnya aku menulis dengan air mata. Aku belajar tersenyum di saat aku dilanda luka melalui penulisan Senyumlah, Atasi Semuanya. Meredai ujian melalui Bersyukur, Boleh Ke ni? dan Azimat Hati yang Terlalai. Menyatakan idolaku melalui Madah Kasih. Merhargai dua orang cintaku dalam Siapa Mereka Dalam Hidupku. Penulisan terakhir merupakan kemuncak kedukaanku namun kini bunga-bunga bahagia mulai mekar kembali di taman yang dahulunya hampir mati. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah…

Setiap kesusahan pasti muncul kemudahan. Setiap kesukaran pasti ada penghujungnya. Namun jangan harapkan ujian untuk berhenti, jika bukan sekarang, pasti dua hingga tiga bulan lagi kamu pasti bertemu dengannya. Itulah UJIAN.

Jika kamu teruji, bersyukurlah, kerana ujian itu dari Tuhan. Itulah tanda Tuhanmu tidak pernah melupakanmu, tetapi kealpaanmu yang selalu melupakan Tuhanmu. Jika kamu sudah lama tidak teruji, berjaga-jagalah. Bimbang kamu tidak sedar, bahawa kamu makin jauh dari Tuhan, dan Tuhan makin jauh dari kamu. Jika benar, rugilah kamu. Itulah besarnya peranan ujian di sisi orang-orang BERIMAN.

Akhir kalam: Andai kamu pernah membaca tulisan-tulisanku sekitar dua tahun dahulu, pernah mendoakan dan mendorongku, pernah berkongsi pengalaman dan harapan, pernah mengasihi diriku dan masih menyayangiku selaku saudara seagamamu, ingatlah, ikatan kita tidak pernah putus. Dari hati ke hati.

[+] Read More

Monday, July 5, 2010

Perempuan yang baik dan 7 budak hitam

Terpana dan terpinga, beginikah kesudahan sebuah cinta yang dijanji sehidup semati, berakhir ketika usianya mencapai 22 tahun? Mampukah si isteri meredainya, dan tujuh lagi budak hitam yang lahir dari rahimnya menerima keadaan ini. Sebak memikirkan, sayu merentap jiwa. Kerna aku.., salah seorang dari mereka, si budak hitam itu.

Aku reda ibu, andai jika perpisahan ini lebih mendamaikan kehidupanmu. Jika tiada lagi insan yang mahu membahagiakanmu ibu, biar aku, si budak hitam ini membahagiakanmu. Aku tiada lagi apa-apa untuk kuberikan, malah ibu yang berbulan-bulan menghulur makanan. Aku tiada kudrat menjengukmu sehari-hari di perantauan, tetapi ibu di kejauhan bersusah payah membayar yuran. Aku tiada apa-apa ibu. Hakikatnya aku tiada apa-apa yang mampu kujanjikan untukmu ibu.

Tetapi ibuku sayang..

Ibu ada aku, dan enam lagi budak hitam yang setia menyayangi ibu, sedia membela ibu walau apapun yang berlaku. Kami sayang ibu dan kami tidak buta untuk menilai besarnya pengorbanan ibu. Hari-hari aku berdoa wahai ibu, agar aku ini menjadi anak ibu yang solehah agar doaku mustajab. Moga-moga doaku makbul, bahawasanya aku tidak mahu ibu menderita lagi. Ya Allah, aku mohon dengan setinggi-tinggi harapan, janjikanlah ibuku kebahagiaan di akhirat sana! Ibuku telah membeli penderitaan dan kesukaran selama hidupnya, maka bayarkanlah sebuah kehidupan yang membahagiakannya di akhirat sana.

Hari ini telah aku temui sebuah jawapan atas kesulitan yang dahulu membelengguku.

Lelaki yang baik boleh mendapat perempuan yang baik, tetapi perempuan yang baik belum tentu mendapat lelaki yang baik..

[+] Read More

Sunday, March 8, 2009

Azimat Hati yang Terlalai

Azimat Hati yang Terlalai


Ya Allah,

Kuatkan hamba demi menghadapi semua ini.
Berikan hamba kesempatan kembali ke jalan-Mu,
Jalan yang bebas dari harapan yang sia-sia,
Satu jalan yang dapat kukecapi kasih sayang-Mu sepuas-puasnya,
Hatiku meruntun rindu yang menggunung,
Adakah rindu itu mengatasi rindu untuk berjuang di jalan-Mu?
Hatiku berbekas kekecewaan yang mendalam,
Adakah kekecewaan itu mengatasi redaku terhadap ujian-Mu?
Jika semua itu benar bagiku,
Maka celakalah aku sebagai hamba-Mu..

Pulangkanlah hatiku kepada yang hak,
Asingkanlah hidupku dari nista dan kebatilan,
Pinjamkanlah diriku ketabahan Siti Khadijah,
Serapkanlah cinta Rabiatul Adawiyah di hatiku,
Kuatkanlah semangat juangku laksana Asiah,
Kukuhkan pendirianku sehebat Masyitah,
Tegakkan berdiriku seteguh Uhud.
Dan kurniakanlah aku para sahabat,
Yang setianya tidak berbelah bahagi,
Yang kasihnya tidak boleh dijual beli,
Yang sama-sama mencintai-Mu,
Yang matlamatnya seiring denganku.

Moga air mata yang terus meneman berhenti,
Agar dapat kusimpan,
Demi rasa takut kepada-Mu,
Hanya keluar di sepertiga malam-Mu,
Menemani cinta hanya kepada-Mu,
Mengiringi rindu hanya untuk-Mu,
Dengarkanlah rintihan hamba,
Hanya kasih-Mu yang hamba dambakan,
Di saat duniaku porak peranda,
Disaat hatiku sepi sendiri,
Di saat orang-orang yang kukasihi meninggalkanku,
Di saat tiada lagi tempat boleh kumengadu,
Selain kepada-Mu.



Nukilan hati,

Noraini Nasnan
8/3/2009 8:36:23 AM


Aku mencoret nukilan hati ini saat mataku celik kerana terjaga dari mimpi-mimpi yang selama ini melenakanku.. Lama sudah.. baru kini kutersedar. Harap belum terlambat. Harap masih tersisa peluang untuk mengejar matlamat sebenarku... o0Ohhhh... Janganlah lagi aku tertidur. Bimbang mataku celik untuk sekian kalinya adalah ketika saat HARI PERHITUNGAN..

[+] Read More

Sunday, November 30, 2008

Hargai Seni Itu!


Bukan semua yang diingini berjaya kita miliki. Bukan semua yang mampu dicapai menjadi milik kita. Juga, bukan semua yang kita miliki akan kekal selamanya. Dalam apa jua keadaan, memasang impian atau dalam membuat keputusan, selitkan rasa bersyukur dengan segala yang ada dan rasa reda dengan segala yang akan kita terima.

Begitulah hidup ini, setiap yang aku lalui bukan seindah hamparan impian yang aku lakar di atas kertas kehidupan. Lakaran impian hidup yang aku buat berubah dengan tertumpahnya warna-warna harapan, dan corak suka duka ibu bapaku. Lukisan menjadi abstrak. Sukar difahami oleh kebanyakan mata yang memandang. Lantas ada mulut yang berkata, hanya hati yang buta seni menyatakan itu lakaran sampah. Aku termenung lagi. Berapa ramai pula manusia di dunia ini yang benar-benar menghargai seni kehidupan?

Oh, tidak! Mengapa perlu aku berputus asa dan kalah dengan kritikan orang yang bercerita? Hentikan berfikir yang bukan-bukan. Aku sendiri terlebih dahulu mesti hargai seni kehidupanku. Berusaha menambah baik dengan lukisan terindah. Boleh jadi sampai masanya aku akan menemui pembeli yang benar-benar menghargai karya jalan hidupku. Jika takdirku lebih baik, aku akan menemui pembida tertinggi yang akan membayar dengan nikmat di akhirat sana! Siapa?

Aku mesti kuat demi melihat kehidupan sementara mahupun abadi sentiasa lebih baik. Aku wajib menjadi karyawan yang paling menghargai hasil kerjaku. Mesti yakin dengan apa yang aku buat dan terima. Aku tidak boleh menjadi karyawan yang cuba menciplak hasil seni kehidupan orang lain. Meniru hasil seni kehidupan manusia paling hebat di dunia pun, pastinya selama hidup, aku tidak akan menemui nilai harga segala yang kulakukan. Aku mesti yakin dengan seni jalan kehidupanku sendiri.

Begitu juga KAMU! Hargai seni kehidupan kamu.

Jika kita turut beranggapan hasil seni kita sampah, meskipun harganya tidak ternilai, ia tetap sampah! Seandainya seni hidupmu benar-benar tiada nilai di matamu mahupun orang lain, angkatlah hamparan kertas laksana maruah kamu itu, dan mengadulah kepada Zat yang menciptakan anggota tubuh kita. Bertaubat dan berdoalah. Dia Maha Pengasih..

Pesanan : Maafkan saya kerana sekian lama tidak muncul di sini. Ingin dimaklumkan, saya tidak dapat menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Mu’tah, Jordan setelah menimbangkan keadaan dan saranan kedua-dua orang yang paling berhak ke atas saya. Ini juga seni. Saya menghargainya dan akan terus melakar dengan pena yang tajam!

[+] Read More

Wednesday, September 3, 2008

Harapan Ramadhan!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Semuanya nampak mudah. Segala-galanya sempurna. Namun tidak siapa tahu, setelah setahun meninggalkan USIM, bernaung di bawah satu syarikat, berperang dengan pelbagai emosi, mungkinkah ganjaran baik yang aku dapat atau mungkin sebaliknya? Yang lebih penting, adakah itu kehendak aku?

Cukup sahaja Allah mengetahui sebanyak mana air mata ini tumpah. Dia adalah Zat yang mendengar doa dan harapanku. Tatkala tiada bahu untuk kusandar tangisan, pada-Nya jua kusandar harapan. Dari harapan yang pahit, aku menemui keredaan yang manis. Aku tidak pernah menyesal dengan jalanku. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari. Dari ilmu perniagaan, ilmu pertanian, ilmu pemasaran, ilmu komputer, dan juga, ilmu sosial. Meski tak sempurna, tapi berguna.. :)

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Bohonglah kalau hati tidak cemburu melihat orang lain menuntut ilmu. Nafsu ingin segala-galanya perfect belaka. Namun, itu mungkinkah? Sedang dunia orang Mukmin itu telah dibeli oleh Allah, dan kesusahan itu pasti bagi orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri, harta mereka
dengan memberi syurga kepada mereka.." (At-Taubah : 111)

Mendengar sahabatku di perantauan tiada makanan untuk berbuka, mengetuk pintu syukur dan keinsafan. Nafsuku ditegur. Dengan harapan Ramadhan, titipkanlah semangat juang di dalam hati aku dan dia, juga hati saudara-saudaraku yang ditindas kafir laknatullah. Allahumma ansurna bil Islam, fil Iraq wal palastin wal afghanisthan wal malizia wal indonezia, wa fi kulli makan ya Allah..

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Hakikatnya, masih tersimpan di sudut hati, aku ingin menuntut kembali. Kalau orang lain tak sabar-sabar menamatkan pengajian, aku pula tidak sabar-sabar untuk menyambung pelajaran. Huhu. Biar sampai mati, tiada istilah berhenti. Ikut kata Rasulullah SAW pepatah arab, Tolabal Utlubul ilm minal mahdi ilal lahd, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Sememangnya, aku mendukung harapan tinggi untuk ke bumi Anbiya (huhu..), tiada mustahil bagi Dia, namun aku akan akur atas segala ketentuan-Nya. Dengan keberkatan Ramadhan ini Ya Allah, jangan putuskan nafas sabar dalam diriku. Pastinya ada jalan keluar! Sebagaimana satu hadis sahih menyebut, “Ketahuilah bahawa bantuan itu ada bersama kesabaran dan jalan keluar itu selalu bergandingan dengan cubaan.”

“Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat,” (Al-Baqarah : 214)
Tak salahkan berharap begini? Teringat kata-kata Leftenan Muda Nor Naimi dari Team Bina Insan yang dalam slotnya selalu berpesan, ‘Matlamat adalah apa yang kita mahu (harapan), kita tulis, dan kita baca setiap hari’ Bukan sahaja beliau, malah Irfan Khairi, jutawan internet muda juga menyimpan matlamat sejak berumur 18 tahun. Matlamat dan harapan itu yang dibaca setiap hari.

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Bait-bait lirik ini kucedok dari nasyid Harapan Ramadhan oleh Raihan dan Man Bai. Semoga harapan Ramadhan ini akan terus hidup di jiwaku dan melagukan kasih rindu untuk menjadi hamba Allah yang baik. Izinkan aku menamatkan bicara dengan harapan, tolong doakan diri ini!

[+] Read More

Monday, July 28, 2008

Nikah awal!


Terasa rugi apabila aku hanya sempat mengikuti program bina insan kelolaan Pure Base pada minit-minit terakhir. Bertambah kagum apabila aku dapati fasilitator merupakan mahasiswa yang didatangkan dari universiti tempatan seluruh negara terdiri dari pasangan yang telah bernikah!

Kagum bersulam hairan. Bagaimana di saat orang berhempas pulas menuntut ilmu, mereka ada waktu untuk membina keluarga? Mengapa mereka bersusah-payah menyesakkan hidup dengan tuntutan ilmu yang berat, keluarga, dan dakwah sekaligus? Jika difikirkan, banyak aspek yang perlu diambil kira seperti pemberian nafkah dan sara hidup. Boleh dikatakan menuntut di universiti adalah fasa hidup yang susah, semuanya memerlukan pinjaman aka hutang seperti PTPTN. Tidakkah miskin namanya?

"Orang menikah tak miskin. Yang miskin tu lagi dianjurkan menikah,"
Jawapan yang kuterima dari salah seorang fasilitator lebih menambahkan tanda tanya. Waktu yang terbatas meninggalkan persoalan tanpa penjelasan.

Siapa sedar, setiap persoalan, Al-Quran ada jawapannya. Dari hasil pembacaan, tahukah kamu ulama salaf hampir bersepakat bahawa setiap orang miskin hendaklah bernikah!

"Dan berkahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaku dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (An-Nuur : 32)
Jawapan terus dari kalam Allah ini sangat menakjubkan. Akal menggamit untuk berfikir. Atas alasan apa pula mahasiswa perlu menangguhkan pernikahan hingga tamat belajar? Sedang Allah telah memberi kunci keluar dari belenggu kemiskinan adalah bernikah jua. Malah Umar Al-Khattab ra mengatakan :
Siapa yang merasa miskin, hendaklah ia menikah.
Segala yang tersirat dari kalamullah dan kata-kata sahabat ini telah dikaji, dan hasil kajian yang tersurat membuktikan kaedah ini sangat mujarab. Hebatkan.. Maha suci Allah, Tuhan yang berkuasa memberi rezeki dan menunaikan janji.

Dr. Aidh Al-Qarni, penulis buku La Tahzan ada menyebut para pemuda dan pemudi yang berpaling dari menikah khususnya lulusan pengajian tinggi kerana ingin melanjutkan pelajaran, hingga menjadikan alasan ini kambing hitam, seolah-olah bertuhankan selain Allah. Nauzubillah. Kata-kata ini wajar direnungkan, menarik untuk disampaikan di sebalik perdebatan yang sangat memenatkan. Singgahlah di mana-mana forum agama online, pasti mata tidak terlepas dari membicarakan hukum couple, berpasangan sebelum kahwin. Mual.

Cinta itu fitrah. Iman juga fitrah. Terlalu ramai yang khayal dengan biasan pelangi hinggakan kaki hampir tergelincir ke gaung kebinasaan. Terlalu ramai juga yang lebih memilih membina mahligai di jurang yang runtuh, dari membina masjid yang dijanjikan kebahagian utuh dari Allah. Lintasan kata-kata ini telah lama tersemat dalam Al-Quran. Cintai dan hayatilah kalam Allah dahulu sebelum membina prinsip yang tidak-tidak. Firman Allah :
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bengunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (At-taubah : 109)
Wahai saudaraku sayang, anda seorang yang beruntung kerana berpeluang menuntut di menara gading. Namun anda dikatakan bijak jika mampu menyeimbangkan keperluan agama dan dunia. Jika sudah tiada kata yang mampu melembutkan hatimu, tanya terus pada hati sendiri. Wajarkah aku begitu dan begini? Berpasangan sekarang, atau bernikah dahulu? Selemah-lemah iman saudaraku yang sanggup berbuat maksiat, di sudut hati ada fitrah yang tidak terpadam, iaitu kalimah Lailahaillallah.

Buatlah pilihan yang terbaik. Diamku bukan setuju, diamku kerana cedera dengan sikapmu.

[+] Read More

Saturday, July 19, 2008

Bukan dosa biasa.

"Pss.. kak! Tahu tak, pembantu rumah kita tu dulu kerja dot..dot..dot,"

"Eh, kelakarnya suara kawan kau tu! Macam tuuuut"

Ha, nampaknya ada antara kita yang sudi makan daging saudara sendiri! MasyaAllah, bukankah kita sudah maklum bahawa Allah mencela orang yang mengumpat (ghibah). Bukan apa-apa? Boleh bertaubat selepas ini? Baik kita fikirkan semula kalau berfikiran sebegini. Kenapa? Tahukah kamu orang yang biasa mengumpat kemudiannya bertaubat, dia adalah orang yang terakhir masuk syurga. Manakala orang yang biasa mengumpat tetapi tidak sempat bertaubat adalah orang yang pertama masuk neraka! (Ini Hadis)

"Janganlah sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?" (Surah Hujurat : 12)
Mengumpat atau fitnah semakin menjadi-jadi akhir zaman ini. Nilai kembali segala yang terzahir dari mulut kita seharian. Orang yang terbiasa mengumpat (ghibah) ibarat seseorang yang berkunjung di rumah yang penghuni di dalamnya makan khinzir, baunya busuk sekali. Padahal penghuni tersebut langsung tidak tercium bau tersebut, kerana.. sudah terbiasa.

Jangan meremehkan dosa mengumpat hingga menganggapnya dosa besar yang 'biasa'. Bahkan Hasan ra ada berkata, "Demi Allah, ghibah itu lebih cepat meruntuhkan agama daripada pemakan jasad,". Jika sebuah negara terlalu asyik dengan sesi mengumpat dan menabur fitnah, wajarlah difikir kembali. Mampukah sebuah negara Islam yang baik diwujudkan, sedang nilai hidup beragama penduduknya runtuh?

Zaman dah berubah.. dunia dah maju.. Sememangnya negara-negara yang telah jauh kehadapan mengecap erti kemajuan lazimnya mempunyai rakyat yang bersatu dan berdisiplin. Demi melakukan kezaliman ke atas negara-negara Islam pun mereka mampu bersatu! Kita ambil yang jernih. Apabila inginkan negara yang bersuasana mahabah dan berteraskan Islam, semestinya, pemimpin mahupun rakyat harus sepakat. :)

Jangan pernah bermain-main dengan erti taubat. Benar, Allah itu Maha Pengampun, sayang.. namun itu bukan tiket untuk kita meremehkannya. Sebaiknya, selusuri dahulu syarat-syarat sebelum dosa itu diampunkan. Seorang lelaki yang berzina dengan perempuan yang telah bersuami, taubatnya hanya diterima setelah dia minta 'halal' kepada suami perempuan tersebut. Begitu juga orang yang meninggalkan solat, puasa, zakat, dan haji, dosanya tidak terhapus melainkan dia bertaubat dan mengqada'kan semula (ganti).

Bagaimana dengan mengumpat? Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Takutlah ghibah. Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya,"
Semoga anda dan saya yang menulis ini terutamanya jelas akan hal ini. Oh ya, bagaimana jika kita menuduh orang berzina atau meliwat sesuka hati dan kita sibuk menyampaikan kepada orang lain? Bagaimana pula jika ternyata orang yang dituduh itu tidak bersalah? Saudaraku.. kita faham-fahamlah, kerana mulut badan binasa. Kerana menuduh orang berzina tetapi ternyata kesaksian tidak kukuh atau tuduhan palsu, boleh jadi kita antara yang layak menerima 80 kali sebatan, tiada diskaun. Hehe. Itupun jika kita tidak mendapat bonus, yakni orang yang tidak bersalah dan teraniaya itu berdoa, tidakkah dia termasuk orang yang mustajab doanya? Allah lebih tahu.

Jangan kita termasuk orang yang zalim dan rugi! Fikir-fikirkanlah sebelum berbicara.. kerana aku menyayangimu wahai sahabat dengan segenap jiwa ragaku..

[+] Read More

Thursday, May 22, 2008

Tukar template Blogger!

Kali ini saya ingin berkongsi cara membina template blog yang menarik. Bagi yang belum memiliki blog sendiri, sila klik di sini untuk mendaftar. Hanya memerlukan tiga langkah mudah untuk menjadi blogger. Semoga berjaya!

Baiklah, kita teruskan tutorial penukaran template blogger.

1. Download template blog (fail .xml). Berikut adalah senarai templat blogger percuma;

2. Ekstrak fail jika perlu.

3. Selamatkan semua code pada layout.
Dari Dashboard blog > Layout. Code HTML yang pernah anda masukkan seperti kod chat box, hit counter, dan lain-lain perlu disimpan terlebih dahulu kerana pertukaran template akan merosakkan/ membuang kod html pada Layout. Klik Edit, salin, dan simpan kod.


4. Mulakan pertukaran template.
Dari Dashboard blog > Layout > Edit Html. Jika mahu, klik Download Full Template dahulu untuk simpan template asal blog anda (fail .xml). Langkah berjaga-jaga jika ada kesilapan selepas ini, anda boleh guna template ini kembali. OK?

5. Klik Browse dan Upload.
Masukkan template yang anda download sebentar tadi dengan klik Browse dan masukkan template (fail .xml). Kemudian klik Upload. Ingat!! Jangan salin kod dari fail .xml itu dan tampal pada kotak putih yang tertera. Bagi penukaran template, cara ini SALAH dan hasilnya memang tidak sama dengan kaedah upload. Template berkemungkinan tidak dapat disimpan (save).

6. Save Template.
Klik Save Template untuk penukaran template baru. Jika tiada masalah semasa proses ini, selalunya anda akan ditanya (tulisan berwarna merah) untuk membuang beberapa kod HTML pada blog asal anda. Ini bermaksud, beberapa kod html pada layout asal (seperti yang diterangkan dalam langkah 3) dibuang! Jadi, jangan terkejut jika beberapa komponen yang anda masukkan sebelum ini hilang! Saya sudah suruh simpankan?

Ada masalah? Template masih tidak berjaya disimpan dan keluar pernyataan "Bc_ _ _". Ada kesilapan kod pada fail .xml itu! Pada atas kotak putih, klik Expand Widget Templates. Cari lokasi kesilapan dan betulkan. Selalunya ada kod html yang tidak bertutup.

Alamak, syok sendiri nampaknya (huhu). Ada apa-apa soalan? Tutorial di atas hanya asas. Nak tukar kepada gambar sendiri? Nak tambah widgets lain?

[+] Read More

Tuesday, May 6, 2008

Andainya aku sakit..

Baru-baru ini aku ditegur kerana menayangkan gambar sendiri di blog ini. Lantas aku bertanya kepada ramai orang mengenai kewajaran tindakan aku. Kebanyakan pendapat berat bahawa sorang muslimah sebaik-baiknya tidak mendedahkan diri sebegini. Walaupun tiada nas yang benar-benar menyentuh hal ini yang cuba mereka tegakkan, sekurang-kurangnya aku faham bahawasanya selepas kewafatan Nabi, tiada fitnah yang lebih besar dari fitnah perempuan. Malah seindah-indah wanita adalah yang tahu menjaga malunya. :)

Dalam aku ghairah bertanya, aku mengenali seorang ikhwan. Ilmunya tinggi berbanding aku yang baru nak belajar bertatih. Dia mampu mengupas hal ini dengan baik serta mengaitkan permasalahan dan kesilapan orang Islam masa ini. Dia menegur pendirianku. Entahlah. Antara dia sedar atau tidak, ada sesuatu yang membuat aku berasa terkilan. Lantasku ambil wuduk, moga tiada sedikitpun rasa marah yangmuncul, dan moga-moga Allah lembutkan lidahku untuk berbicara.

Andainya pada suatu hari aku sakit sesak nafas, dipercayai kerana merokok. Aku berjumpa doktor. Alhamdulillah, doktor beri ubat yang betul. Aku senang hati kerana sakitku lega. Tiba-tiba si doktor berkata, "Rokok ini tidak baik dan menyusahkan diri,". Aku senyum kerana aku akui kesilapanku. Doktor menyambung, "Bukan sahaja menyusahkan diri, menyusahkan orang lain juga! Tak ubahlah seperti penagih dadah. Sama-sama tak guna. Rokok ini haram!" Doktor, saya tidak berniat... "Saya tak kata kamu! Saya maksudkan orang lain," Aduh, bisanya!

Benar doktor, kata-kata doktor benar. Aku bersangka baik bahawasanya doktor ingin menyampaikan kebenaran, ingin melihat kebaikan. Namun, hatiku tidak dapat tidak untuk berkecil hati. Aku boleh pulang ke rumah dengan membawa penawar untuk sakit nafasku, tetapi aku juga tidak dapat tidak membawa sekali pulang hati yang telah remuk. Adakah aku salah? Adakah pula doktor yang salah?

Begini, setinggi-tinggi ilmu yang kita ada untuk disampaikan, semakin itulah kita perlu menghayati hati insan yang ingin disampaikan kebenaran itu dengan sedalam-dalamya. Ilmu yang benar atau nasihat yang baik, jika cara penyampaian kurang sesuai, boleh jadi kurang berkesan kepada pendengar, atau lebih teruk, sia-sia sahaja.

Petikan dari buku Sakit, Apakah Ubatnya? amat manis untuk dihayati, sangat bermakna untuk kita dalami.

Wahai anakku:

Kalaulah kamu berbahas atau berdebat bersama-sama kawan maka janganlah mengeluarkan hujah-hujah melainkan hujah-hujah yang tepat dan bernas. Janganlah kamu angkuh dalam mengeluarkan kata-kata dan hujah-hujah. Janganlah kamu mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mencerca, bila mereka tersalah hujah, berdebatlah dengan hati yang tenang, dengan cara-cara yang ilmiah, ini akan memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak. Cara-cara yang baik bercakap dengan tidak mencelah cakap-cakap teman engkau, sebelum habis bercakap dan janganlah engkau gopoh semasa menjawab. Jawapan kamu hendaklah tepat dengan tajuk perbahasan.
Aku sangat bersyukur berpeluang berdiskusi dengannya. Aku sangat sayang akan ilmu yang dia ada. Moga Allah kurniakan kita kelembutan lidah dalam berbicara, hingga mampu melembutkan hati yang mendengar, seterusnya menggamit seluruh anggota untuk melakukan kebaikan. Kita perlihara ukhuwah kita. Jazakallah!

[+] Read More

Friday, April 25, 2008

Pengganti yang lebih baik.

"Aku tidak boleh hidup tanpa dia. Tiada siapa boleh menjadi pengganti,"

Oh, sedihnya.. Mungkin inilah bicara hati tatkala kehilangan orang yang tersayang. Merelakan pemergian insan yang mempunyai sudut istimewa di hati bukannya mudah. Hingga ada kalanya akal menghukum, pintu kebahagiaanku sudah tertutup! Eh?

Jangan begitu saudaraku.. Sedalam manapun kasih kamu pada si dia, dalam lagi cinta Allah pada kamu. Pintu kebahagian sentiasa terbuka. Berbaik sangkalah dengan Allah. Kamu dapat mengenali insan yang sangat istimewa itupun dengan izin Allah. Jadi, adakah sangat-sangat mustahil bagi Allah untuk menemukan kamu dengan insan yang jauh lebih baik dan istimewa dari dia?

Belajarlah berkasih sayang kerana Allah. Perpisahan boleh jadi jalan yang terbaik apabila tatkala bersama-samanya, kamu hilang cinta pada Allah. Hanya kerana mengasihinya, solatmu seringkali terabai, maruahmu tiada nilai, tangismu hanya untuk dia, dan pesan ibubapamu ternyata sia-sia. Janganlah demi cintamu padanya kau korbankan jiwa dan raga. Fikirkanlah, adakah yang lebih baik dari perpisahan ini dan cinta pada yang Esa?

Teman yang terbaik bagi kamu adalah ketika kamu melihatnya dapat menambah rasa cinta pada Allah, mendekatkan diri pada-Nya. Andai kata kita berpeluang mengenali orang-orang seperti ini, perliharalah sebaik-baiknya. Namun, jika perpisahan masih tidak boleh dielakkan, terimalah ketentuan Allah dengan reda. Bukanlah kamu tidak cukup baik untuk dia, tetapi itu adalah yang terbaik bagi kamu dan si dia. Kamu merancang, orang lain juga merancang, dan sebaik-baik penentu perancangan itu adalah Allah. Mari hayati firman Allah;

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah:216]

"Aku telah kehilangan insan yang sangat baik dan aku reda akan kehilangannya. Masihkah ada lagi insan yang terbaik bagiku, yang dapat menemani jalan-jalan menuju cinta Allah?" La tahzan.. (huhu) tetapi amalkanlah hadis dari Ummu Salamah yang sangat berguna ini, sabda Rasulullah;

Aku kepunyaan Allah dan aku kembali kepada Allah. "Ya Allah, berilah pahala kepadaku di dalam menempuh musibahku dan berilah gantinya yang lebih baik. [Riwayat Muslim]

Ummu Salamah mengamalkan doa ini selepas kewafatan suami tercinta, seorang pejuang Islam yang banyak berjasa dalam agama ini. Allah Maha Berkuasa. Benar, Ummu Salamah mendapat pengganti yang lebih baik! Siapa lagi kalau bukan Rasulullah! :)

[+] Read More

Thursday, April 17, 2008

Siapa Mereka Dalam Hidupku?

Jika ditanya siapa yang gagal menilai hidup, maka aku salah seorangnya. Aku terlalai dalam membawa amanah mak dan abah. Aku mengejar sesuatu yang besar, namun ada ketikanya aku terleka menjaga sesuatu yang kurasa kecil, namun menjadi impian mereka.

Astaghfirullah, kumulakan bicara dengan pinta keampunan-Mu ya Allah, andai tutur kataku melampau namun perlakuanku, tidak sehaluan. Imanku terlalu nipis dan akalku sangat-sangat terbatas. Dalam melalui umurku, aku tidak terlepas ingin mengicip sedikit kebebasan dalam haluan hidup. Natijahnya, ada yang terluka.

Walaupun tidak terluah oleh kata-kata, aku menolak impian ibuku. Aku tidak pernah sedar permintaannya untuk selalu makan bersama sangat tinggi. Aku tidak pernah tahu bahawa ibu menyimpan impian untuk dihantar ke tempat kerja oleh anaknya sendiri. Aku tidak pernah sedar selepas ayah, aku adalah insan yang sangat diharapkannya untuk menerap nilai hidup beragama dalam keluarga. Banyak lagi kealpaanku. Sifat tidak endah ini menjadi racun dalam hidup.

Berkata Dr. Fadilah Kamsah, tiada istilah melukut di tepi gantang bagi setiap kelahiran anak Adam. Ibarat seperti planet, tiada salah satunya, cacatlah sistem suria. Ibu berkata, perkara yang paling membahagiakan hidupnya adalah ketika kelahiran aku, aku harapannya. Luluh hati mendengar. Aku baru sedar kesilapan dan keegoanku. Ya Allah, terasa murah sangat air mata ini. Anak yang taat bukan hanya tahu menjaga maruah agama di luar, tidak berpeleseran, dan menjaga aurat, tetapi tahu mengaplikasikan beberapa komponen penting untuk menjadi anak soleh. Berjayanya seorang anak bukan kerana kekayaannya, tetapi hubungan baiknya dengan ibubapa. Ini bukan hanya hipotesis, malah telah menjadi teori bahawa reda Allah letaknya pada reda ibubapa.

Sesungguhnya, jagalah tingkah laku. Kepada rakan-rakan dan adik-adikku, jangan pernah menganggap ibubapa penghalang cita-cita, tetapi mereka ingin melorongkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Andai jika kita ada cita-cita yang ternyata berbeza dari lorong itu, berbicaralah dengan mereka dengan penuh hikmah. Pinta restu mereka, dan jangan biar mereka kecewa hingga menitis air mata kerana kederhakaanmu. Mungkin kamu berjaya dengan pilihan kamu, tetapi kamu gagal mengecap kebahagiaan selama mana tiada keredaan, Allah dan ibubapa.

Jika ibubapa mahukanmu meminta izin dahulu sebelum keluar jauh, maka, meski menuntut di universiti, sekurang-kurangnya sms mereka. Kedengaran remeh kan? Tetapi perhatian tidak langsung ini sebenarnya sangat membahagiakan. Jangan bermimpi meredah lautan api dapat mengatasi jasa mereka terhadapmu. Tidak mungkin! Tidak sekali-kali.. Mungkin mereka tidak pinta, namun perkara remeh inilah yang membuat mereka berasa sangat dihargai. Tahukah kamu, kerinduan mereka terhadapmu, ada ketikanya boleh menjadi kederhakaan kamu pada mereka? Ada restu mereka, maka mudahlah urusanmu di dunia.

Tulang belakang semangatku adalah cinta dan kasih sayang keluarga. Porak-peranda keluargaku, maka kacau bilau jalan-jalan hidupku. Pastinya, kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku.

[+] Read More

Monday, February 18, 2008

Update Anti Virus AVG secara Manual.

Secara amnya, kemas kini program antivirus secara manual lebih diperlukan bagi komputer yang tidak dapat mengakses internet dalam suatu jangka masa yang lama.

Jika ingin mengemas kini Anti Virus AVG secara manual, pastikan komputer terlebih dahulu telah ada perisian anti virus AVG. Muat turun perisian AVG percuma di sini.

Jom mulakan!

Kaedah kemas kini.

1. Muat turun fail kemas kini terbaru dari AVG di AVG Free Update Files.

Update Priority – mengandungi pangkalan data virus penuh.
Update Recommended – mengandungi pangkalan data kemas kini program baru.
Update Optional – mengandungi fail tambahan lain.

Tempatkan dalam satu folder.

Rujuk tarikh kemas kini yang tertera dalam memilih fail untuk di muat turun.

2. Pada komputer, buka Control Center AVG (selalunya tertera pada taskbar desktop).

3. Pada menu Component, pilih Update Manager.

4. Klik tab Properties yang tertera pada sebelah bawah skrin (keluar skrin baru)..

5. Dalam menu Properties, jangan pilih (unselect) “Do not ask for the update source. Klik Apply dan OK.

6. Klik tab Update (keluar skrin baru). Klik tab Folder.

7. Tentukan folder yang mengandungi semua fail kemas kini yang telah dimuat turun. Klik OK.

8. AVG akan muat turun fail-fail tersebut melainkan fail tersebut telah sedia ada dalam komputer.

Semasa muat turun fail-fail updated dari AVG, pastikan pen drive (jika guna) boleh menampung kapasiti fail yang besar, okeh? Cara ini saya ulang, LEBIH SESUAI bagi komputer yang tidak boleh akses internet je...huhu~

[+] Read More

Monday, February 11, 2008

Madah kasih

Malam ini sunyi sangat. Lantas kucapai sebatang pensel dan sehelai kertas. Kocoret satu puisi untuk insan yang sering menjadi penguat semangatku. Insan tersayang. Insan yang menjadi pendorong hari-hariku. Dia yang membuat tekadku kuat. Meskipun dia, bukan milikku..

Saat ini,
Walau hari esok,
Dan hari-hari seterusnya,
Aku tak mampu menatap wajahmu,
Tak mampu mendengar suaramu,
Kau termiliki dan dimiliki,
Apakah mungkin,
Kita bertemu?

Kutahu,
Saat kau getir hadapi ujian,
Ada insan setia berhadapan,
Saat kau tunduk pada Tuhan,
Ada insan turut mengimamkan,
Saat kau pahit tidak terlerai,
Kau baginya madu tidak ternilai.

Insan istimewa,
Insan tak terbanding,
Menanam kesetiaan

dalam kepahitan,
Mengiringi keperibadian mulia,
Menjunjung risalah nubuwah.

Dan aku,
Hanya layak mengagumi,
Mencoret kasih suci,
Yang indah dimiliki,
Tapi sukar dikecapi,
Izinkan dambaan ini,
Tak mungkin mengiringi,
Cuba mengikuti..

Kerna kau taat pada Yang Esa
Kerna kau isteri mulia,
Kerna kau ibu tercinta,
Kerna kau peniaga berjaya,
Kerna kau segala-galanya..


duhai puteri Khuwailid, Siti Khadijah!

Huhu. Ini puisi pertama sejak aku meninggalkan SBPISB. Puisi yang mengungkap nilai kagumku pada insan yang turut menjadi kebanggaan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Biarpun tak setanding puisi lain. Aku ingin mencontohi kegigihannya, keperibadiannya, kewanitaannya, kejayaannya, dan kesabarannya. Duhai Siti Khadijah, kau wanita hebat!!

[+] Read More

Monday, January 28, 2008

I'm fine, thank you!

Dia lain hari ini, hatiku berbisik. Kegugupannya menarik perhatianku. Kesugulannya mengundang tanda tanya. Lantas kuhulurkan salam bertanyakan khabar. Jawapan yang sudah kujangka, Alhamdulillah, aku baik-baik sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, sama ada tua mahupun murid-murid sekolah;


Kaifa haluka? Alhamdulillah ana bikhair.

How are you today? I'm fine, thank you!


Meski si kecil yang sedang demam selsema itu perit mengawal hingusnya, jangan hairanlah jawapan yang kedengaran masih juga sama. 'Skrip sterotaip' ini sudah biasa kedengaran. Tidak hanya budak kecil, ketika dirundung rasa susah hati, aku masih juga menggunakan ayat lama ini (huhu).


Kenapa? Sudah terbiasa..


Apa yang ingin aku huraikan di sini sebenarnya tanggungjawab bertanya kabar sesama rakan tidak tamat pada ucapan 'Saya baik-baik sahaja'. Kadang-kadang
menjaga tepi kain orang itu lebih baik dari menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (huhu!). Aku sendiri amat senang hati jika ada orang yang mengambil perhatian perubahanku. Ini menunjukkan bahawa hidup kita di dunia ini tidak pernah keseorangan. Nyahkan sedikit pepatah pertama itu dan selitkan hidup ini dengan peribahasa seperti isi dengan kuku di dalam menjalinkan silaturrahim (lagi satu!).


Apabila melihat, jangan bataskan pandangan. Apabila mendengar jangan hanya sampai di telinga. Lihat dan dengarlah dari sudut jiwa. Permasalahan mengajar kita berfikir. Perkongsian menjalin kasih sayang. Namun jika benarlah saudara kita itu tidak bersedia berkongsi atau kita tidak mampu menolong, hulurkan kata-kata semangat. Ingat ya, sedang Imam Shafie juga terlalu mementingkan nilai persahabatan. Sukar untuk mencari sahabat tatkala waktu susah menjelma.

Kuatkan semangat mereka! Firman Allah;

"Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul Ulul Azmi (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu)."

Kita juga, jika tiada siapa peduli tatkala dilanda keresahan, jadilah pendorong paling baik untuk diri sendiri. Mengapa? Bukan semua rasul adalah ulul azmi. Rasul yang punya keazaman dan ketabahan yang hebat itulah yang diangkat tinggi oleh Allah SWT. Jadi sematkan tekad, kuatkan azam! Hasbunallah wa ni'mal wakeel. Cukuplah Allah sebagai pelindung. Hati akan reda, insyaAllah!

[+] Read More

Friday, January 25, 2008

Muat turun bacaan Al-Quran oleh Sheikh Abdul Rahman Alsudais

Rasulullah menggalakkan kita mendengar bacaan Al-Quran dari kalangan qari yang indah bacaannya. Bahkan Rasulullah juga menitiskan air mata tatkala bacaan Al-Quran dialunkan oleh Ibnu Mas'ud. Akuilah, mendengar kalimah Allah lebih menyentuh perasaan..

Setakat ini saya hanya memuatkan bacaan dari Sheikh Abdul Rahman Alsudais. Untuk muat turun (download), bagi browser Internet Explorer sila klik kanan tetikus dan save target as. Bagi browser Firefox sila klik kanan tetikus dan save link as.


  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah001 Al-Fatihah ( The Opening )
    .mp3

  • Download
    0.08 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah002 Al-Baqarah ( The Cow )
    .mp3

  • Download
    12.79 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah003 Al-Imran ( The Family of Imran )
    .mp3

  • Download
    6.26 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah004 An-Nisa ( The Women )
    .mp3

  • Download
    6.94 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah005 Al-Maidah ( The Table spread with Food )
    .mp3

  • Download
    5.10 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah006 Al-An'am ( The Cattle )
    .mp3

  • Download
    5.45 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah007 Al-A'raf (The Heights )
    .mp3

  • Download
    6.15 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah008 Al-Anfal ( The Spoils of War )
    .mp3

  • Download
    2.31 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah009 At-Taubah ( The Repentance )
    .mp3

  • Download
    4.79 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah010 Yunus ( Jonah )
    .mp3

  • Download
    3.30 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah011 Hud ( Hud )
    .mp3

  • Download
    3.66 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah012 Yusuf (Joseph )
    .mp3

  • Download
    3.28 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah013 Ar-Ra'd ( The Thunder )
    .mp3

  • Download
    1.68 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah014 Ibrahim ( Abraham )
    .mp3

  • Download
    1.56 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah015 Al-Hijr ( The Rocky Tract )
    .mp3

  • Download
    1.23 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah016 An-Nahl ( The Bees )
    .mp3

  • Download
    3.46 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah017 Al-Isra ( The Night Journey )
    .mp3

  • Download
    2.91 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah018 Al-Kahf ( The Cave )
    .mp3

  • Download
    2.85 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah019 Maryam ( Mary )
    .mp3

  • Download
    1.81 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah020 Taha
    .mp3

  • Download
    2.37 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah021 Al-Anbiya ( The Prophets )
    .mp3

  • Download
    2.31 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah022 Al-Hajj ( The Pilgrimage )
    .mp3

  • Download
    2.35 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah023 Al-Mu'minoon ( The Believers )
    .mp3

  • Download
    1.88 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah024 An-Noor ( The Light )
    .mp3

  • Download
    2.77 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah025 Al-Furqan (The Criterion )
    .mp3

  • Download
    1.75 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah026 Ash-Shuara ( The Poets )
    .mp3

  • Download
    2.67 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah027 An-Naml (The Ants )
    .mp3

  • Download
    2.19 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah028 Al-Qasas ( The Stories )
    .mp3

  • Download
    2.75 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah029 Al-Ankaboot ( The Spider )
    .mp3

  • Download
    1.91 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah030 Ar-Room ( The Romans )
    .mp3

  • Download
    1.57 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah031 Luqman
    .mp3

  • Download
    0.97 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah032 As-Sajdah ( The Prostration )
    .mp3

  • Download
    0.74 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah033 Al-Ahzab ( The Combined Forces )
    .mp3

  • Download
    2.68 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah034 Saba ( Sheba )
    .mp3

  • Download
    3.40 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah035 Fatir ( The Originator )
    .mp3

  • Download
    1.62 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah036 Ya-seen
    .mp3

  • Download
    1.50 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah037 As-Saaffat ( Those Ranges in Ranks )
    .mp3

  • Download
    1.84 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah038 Sad ( The Letter Sad )
    .mp3

  • Download
    1.53 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah039 Az-Zumar ( The Groups )
    .mp3

  • Download
    2.49 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah040
    Ghafir ( The Forgiver God ) .mp3

  • Download
    2.50 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah041
    Fussilat ( Explained in Detail ) .mp3

  • Download
    1.57 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah042
    Ash-Shura (Consultation ) .mp3

  • Download
    1.72 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah043
    Az-Zukhruf ( The Gold Adornment ) .mp3

  • Download
    1.76 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah044
    Ad-Dukhan ( The Smoke ) .mp3

  • Download
    0.74 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah045
    Al-Jathiya ( Crouching ) .mp3

  • Download
    1.02 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah046
    Al-Ahqaf ( The Curved Sand-hills ) .mp3

  • Download
    1.41 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah047
    Muhammad .mp3

  • Download
    1.24 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah048
    Al-Fath ( The Victory ) .mp3

  • Download
    1.13 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah049
    Al-Hujurat ( The Dwellings ) .mp3

  • Download
    0.71 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah050
    Qaf ( The Letter Qaf ) .mp3

  • Download
    0.84 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah051
    Adh-Dhariyat ( The Wind that Scatter ) .mp3

  • Download
    0.94 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah052
    At-Tur ( The Mount ) .mp3

  • Download
    0.65 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah053
    An-Najm ( The Star ) .mp3

  • Download
    0.76 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah054
    Al-Qamar ( The Moon ) .mp3

  • Download
    0.74 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah055
    Ar-Rahman ( The Most Graciouse ) .mp3

  • Download
    1.01 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah056
    Al-Waqi'ah ( The Event ).mp3

  • Download
    1.03 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah057
    Al-Hadid ( The Iron ) .mp3

  • Download
    1.23 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah058
    Al-Mujadilah ( She That Disputeth ) .mp3

  • Download
    0.94 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah059
    Al-Hashr ( The Gathering ) .mp3

  • Download
    0.89 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah060
    Al-Mumtahanah ( The Woman to be examined ) .mp3

  • Download
    0.70 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah061
    As-Saff ( The Row ) .mp3

  • Download
    0.44 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah062
    Al-Jumu'ah ( Friday ) .mp3

  • Download
    0.34 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah063 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.42 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah064 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.52 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah065 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.61 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah066 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.56 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah067 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.75 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah068 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.63 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah069 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.62 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah070 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.61 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah071 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.54 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah072 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.62 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah073 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.46 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah074 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.55 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah075 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.35 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah076 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.55 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah077 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.43 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah078 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.39 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah079 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.34 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah080 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.28 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah081 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.19 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah082 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.15 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah083 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.33 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah084 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.20 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah085 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.21 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah086 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.13 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah087 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.13 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah088 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.18 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah089 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.26 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah090 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.14 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah091 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.11 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah092 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.13 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah093 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.08 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah094 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah095 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.07 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah096 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.13 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah097 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.06 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah098 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.17 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah099 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.07 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah100 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.09 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah101 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.07 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah102 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.07 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah103 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.03 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah104 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.07 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah105 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah106 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah107 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.06 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah108 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.03 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah109 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah110 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah111 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah112 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.03 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah113 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.04 MB

  • Quran - Abdul Rahman Alsudais - Surah114 (www.aswatalislam.net).mp3

  • Download
    0.05 MB

    [+] Read More

     
    Dear Diary Blogger Template