Wednesday, September 3, 2008

Harapan Ramadhan!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Semuanya nampak mudah. Segala-galanya sempurna. Namun tidak siapa tahu, setelah setahun meninggalkan USIM, bernaung di bawah satu syarikat, berperang dengan pelbagai emosi, mungkinkah ganjaran baik yang aku dapat atau mungkin sebaliknya? Yang lebih penting, adakah itu kehendak aku?

Cukup sahaja Allah mengetahui sebanyak mana air mata ini tumpah. Dia adalah Zat yang mendengar doa dan harapanku. Tatkala tiada bahu untuk kusandar tangisan, pada-Nya jua kusandar harapan. Dari harapan yang pahit, aku menemui keredaan yang manis. Aku tidak pernah menyesal dengan jalanku. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari. Dari ilmu perniagaan, ilmu pertanian, ilmu pemasaran, ilmu komputer, dan juga, ilmu sosial. Meski tak sempurna, tapi berguna.. :)

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Bohonglah kalau hati tidak cemburu melihat orang lain menuntut ilmu. Nafsu ingin segala-galanya perfect belaka. Namun, itu mungkinkah? Sedang dunia orang Mukmin itu telah dibeli oleh Allah, dan kesusahan itu pasti bagi orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri, harta mereka
dengan memberi syurga kepada mereka.." (At-Taubah : 111)

Mendengar sahabatku di perantauan tiada makanan untuk berbuka, mengetuk pintu syukur dan keinsafan. Nafsuku ditegur. Dengan harapan Ramadhan, titipkanlah semangat juang di dalam hati aku dan dia, juga hati saudara-saudaraku yang ditindas kafir laknatullah. Allahumma ansurna bil Islam, fil Iraq wal palastin wal afghanisthan wal malizia wal indonezia, wa fi kulli makan ya Allah..

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Hakikatnya, masih tersimpan di sudut hati, aku ingin menuntut kembali. Kalau orang lain tak sabar-sabar menamatkan pengajian, aku pula tidak sabar-sabar untuk menyambung pelajaran. Huhu. Biar sampai mati, tiada istilah berhenti. Ikut kata Rasulullah SAW pepatah arab, Tolabal Utlubul ilm minal mahdi ilal lahd, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Sememangnya, aku mendukung harapan tinggi untuk ke bumi Anbiya (huhu..), tiada mustahil bagi Dia, namun aku akan akur atas segala ketentuan-Nya. Dengan keberkatan Ramadhan ini Ya Allah, jangan putuskan nafas sabar dalam diriku. Pastinya ada jalan keluar! Sebagaimana satu hadis sahih menyebut, “Ketahuilah bahawa bantuan itu ada bersama kesabaran dan jalan keluar itu selalu bergandingan dengan cubaan.”

“Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat,” (Al-Baqarah : 214)
Tak salahkan berharap begini? Teringat kata-kata Leftenan Muda Nor Naimi dari Team Bina Insan yang dalam slotnya selalu berpesan, ‘Matlamat adalah apa yang kita mahu (harapan), kita tulis, dan kita baca setiap hari’ Bukan sahaja beliau, malah Irfan Khairi, jutawan internet muda juga menyimpan matlamat sejak berumur 18 tahun. Matlamat dan harapan itu yang dibaca setiap hari.

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Bait-bait lirik ini kucedok dari nasyid Harapan Ramadhan oleh Raihan dan Man Bai. Semoga harapan Ramadhan ini akan terus hidup di jiwaku dan melagukan kasih rindu untuk menjadi hamba Allah yang baik. Izinkan aku menamatkan bicara dengan harapan, tolong doakan diri ini!

8 comments:

Farhan Yusri said...

Emm... macam baca tafsir la pulak
Ada teks asal dan huraian
Ha ha ha...

Setiap orang diberikan kelebihan yang tiada pada orang lain untuk saling lengkap-melengkapi.

Tiada yang tak boleh diharap. Teruskan mara ke hadapan.

Semoga Ramadhan kali lebih bermakna

MS Rizal said...
This comment has been removed by the author.
MS Rizal said...

Kau serikandi gagah,
mahu berjuang ke medan mu'tah,
andai kata kau tak upaya,
bukankah Allah perancang sebaik-baiknya?

Saya tak tahu apa masalah anti,
tetapi bukankah kesedihan itu adalah hujan yang melegakan yang bisa membuatkan kita menghargai hari cerah selepasnya?

p/s: Hmm...hadis tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad tu, boleh check balik?

Ainey Nan said...

akhi Wing_0,

tak sangkakan post kita sama? huhu. memanglah ada huraian. huraian dari tangan yg jarang menulis.. sebab tu blog ni kosong.. :)

ameen ya Rabb..

semoga smua harapan menjadi kenyataan..
kesukaran diganti kemudahan..
kesempitan diiringi keredaan..
dan m0ga ibadah kita diterima..

ameen..ameen..ameeen..

Ainey Nan said...

akhi MS Rizal,

Martian yg memahami Venusian. :)

kata2 semangat yg besar ertinya. syukran! mungkin juga.. manusia selalu mengharapkan panas hingga ke petang, tapi lupa, sesekali bumi perlu disirami air hujan.. supaya kita tahu.. BERSYUKUR!

ohya, terima kasih atas teguran, sy dah betulkan.


p/s - sy tunggu novel pertama akhi! ;)

Hazhari Ismail said...

in nallaha maas sobirin~

Anonymous said...

hm...baru jumpe blog ni..
teruskan menulis..

tukangpin said...

hmm... menghayati makna syair, menambah kerinduan pada datangnya ramadhan...
terima kasih dah ingatkan saya, terbaca manakala scroll down, tak terasa hati pun terbersit rindu yang sama... ramadhan segera tiba...
subhanallah...

 
Dear Diary Blogger Template