Monday, July 28, 2008

Nikah awal!


Terasa rugi apabila aku hanya sempat mengikuti program bina insan kelolaan Pure Base pada minit-minit terakhir. Bertambah kagum apabila aku dapati fasilitator merupakan mahasiswa yang didatangkan dari universiti tempatan seluruh negara terdiri dari pasangan yang telah bernikah!

Kagum bersulam hairan. Bagaimana di saat orang berhempas pulas menuntut ilmu, mereka ada waktu untuk membina keluarga? Mengapa mereka bersusah-payah menyesakkan hidup dengan tuntutan ilmu yang berat, keluarga, dan dakwah sekaligus? Jika difikirkan, banyak aspek yang perlu diambil kira seperti pemberian nafkah dan sara hidup. Boleh dikatakan menuntut di universiti adalah fasa hidup yang susah, semuanya memerlukan pinjaman aka hutang seperti PTPTN. Tidakkah miskin namanya?

"Orang menikah tak miskin. Yang miskin tu lagi dianjurkan menikah,"
Jawapan yang kuterima dari salah seorang fasilitator lebih menambahkan tanda tanya. Waktu yang terbatas meninggalkan persoalan tanpa penjelasan.

Siapa sedar, setiap persoalan, Al-Quran ada jawapannya. Dari hasil pembacaan, tahukah kamu ulama salaf hampir bersepakat bahawa setiap orang miskin hendaklah bernikah!

"Dan berkahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaku dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (An-Nuur : 32)
Jawapan terus dari kalam Allah ini sangat menakjubkan. Akal menggamit untuk berfikir. Atas alasan apa pula mahasiswa perlu menangguhkan pernikahan hingga tamat belajar? Sedang Allah telah memberi kunci keluar dari belenggu kemiskinan adalah bernikah jua. Malah Umar Al-Khattab ra mengatakan :
Siapa yang merasa miskin, hendaklah ia menikah.
Segala yang tersirat dari kalamullah dan kata-kata sahabat ini telah dikaji, dan hasil kajian yang tersurat membuktikan kaedah ini sangat mujarab. Hebatkan.. Maha suci Allah, Tuhan yang berkuasa memberi rezeki dan menunaikan janji.

Dr. Aidh Al-Qarni, penulis buku La Tahzan ada menyebut para pemuda dan pemudi yang berpaling dari menikah khususnya lulusan pengajian tinggi kerana ingin melanjutkan pelajaran, hingga menjadikan alasan ini kambing hitam, seolah-olah bertuhankan selain Allah. Nauzubillah. Kata-kata ini wajar direnungkan, menarik untuk disampaikan di sebalik perdebatan yang sangat memenatkan. Singgahlah di mana-mana forum agama online, pasti mata tidak terlepas dari membicarakan hukum couple, berpasangan sebelum kahwin. Mual.

Cinta itu fitrah. Iman juga fitrah. Terlalu ramai yang khayal dengan biasan pelangi hinggakan kaki hampir tergelincir ke gaung kebinasaan. Terlalu ramai juga yang lebih memilih membina mahligai di jurang yang runtuh, dari membina masjid yang dijanjikan kebahagian utuh dari Allah. Lintasan kata-kata ini telah lama tersemat dalam Al-Quran. Cintai dan hayatilah kalam Allah dahulu sebelum membina prinsip yang tidak-tidak. Firman Allah :
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bengunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (At-taubah : 109)
Wahai saudaraku sayang, anda seorang yang beruntung kerana berpeluang menuntut di menara gading. Namun anda dikatakan bijak jika mampu menyeimbangkan keperluan agama dan dunia. Jika sudah tiada kata yang mampu melembutkan hatimu, tanya terus pada hati sendiri. Wajarkah aku begitu dan begini? Berpasangan sekarang, atau bernikah dahulu? Selemah-lemah iman saudaraku yang sanggup berbuat maksiat, di sudut hati ada fitrah yang tidak terpadam, iaitu kalimah Lailahaillallah.

Buatlah pilihan yang terbaik. Diamku bukan setuju, diamku kerana cedera dengan sikapmu.

5 comments:

alFaisal said...

Kekadang yang dilihat kekangan datang daripada keluarga. Tapi tak boleh salahkan keluarga juga. Kalau yang nak menikah pun nampak nak jaga diri pun tak boleh, masakan keluarganya percaya dia mampu jaga anak orang lain. Jadi di sini kedua-dua pihak kena sama-sama mainkan peranan. Keluarga kena bantu, yang nak menikah kenalah mematangkan diri.

Tapi bagi yang keluarga dah dok suruh nikah. Kewangan pun dah stabil. Masih tak mahu nikah tetapi nak berbuayafriend/bergelifriend. Fikirkan sahaja kembali Tuhan anda sebenarya siapa?:)

Farhan Yusri said...

Ha ha...
Sudah maju berbincang hal nikah.
Jangan lupa yang tanggungjawab sebelum dan selepas nikah berbeza sama sekali.
Sekiranya tanggungjawab ini masih mentah difahami berpuasalah dulu bagi yang dah tak tahan...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam,
Syukran, tulisan yg baik.

Petunjuk dari Allah itu penting.. Terus pohon dariNya keadaan yang terbaik buat diri kita.
Smoge Allah berkati ape jua keputusan kita...

MS Rizal said...

Ramai juga yang nak nikah awal tapi punya banyak halangan. Jika berfikir dengan tajam dan kehadapan, pastinya isu kahwin ini dipandang seperti 'sebuah bas yang mengambil penumpang di bus stop sahaja'.

Tapi bukan semua mampu berbuat begitu. Hati manusia turun dan naik, jika bersemangat mulalah berfikir, "dakwah lagi penting!", tetapi adakalanya merasa kesunyian dan ingin berkasih pula.

Bagi kita yang masih bujang trang..tang..tang..bermujahadahlah. Bak kata wing_o; "banyakkan puasa!"
-no couple
-nikah connecting people

atap_aje said...

Saya sudah, anda bila lagi??


kawin umur 23, isteri 22. woha...

 
Dear Diary Blogger Template