Tuesday, May 6, 2008

Andainya aku sakit..

Baru-baru ini aku ditegur kerana menayangkan gambar sendiri di blog ini. Lantas aku bertanya kepada ramai orang mengenai kewajaran tindakan aku. Kebanyakan pendapat berat bahawa sorang muslimah sebaik-baiknya tidak mendedahkan diri sebegini. Walaupun tiada nas yang benar-benar menyentuh hal ini yang cuba mereka tegakkan, sekurang-kurangnya aku faham bahawasanya selepas kewafatan Nabi, tiada fitnah yang lebih besar dari fitnah perempuan. Malah seindah-indah wanita adalah yang tahu menjaga malunya. :)

Dalam aku ghairah bertanya, aku mengenali seorang ikhwan. Ilmunya tinggi berbanding aku yang baru nak belajar bertatih. Dia mampu mengupas hal ini dengan baik serta mengaitkan permasalahan dan kesilapan orang Islam masa ini. Dia menegur pendirianku. Entahlah. Antara dia sedar atau tidak, ada sesuatu yang membuat aku berasa terkilan. Lantasku ambil wuduk, moga tiada sedikitpun rasa marah yangmuncul, dan moga-moga Allah lembutkan lidahku untuk berbicara.

Andainya pada suatu hari aku sakit sesak nafas, dipercayai kerana merokok. Aku berjumpa doktor. Alhamdulillah, doktor beri ubat yang betul. Aku senang hati kerana sakitku lega. Tiba-tiba si doktor berkata, "Rokok ini tidak baik dan menyusahkan diri,". Aku senyum kerana aku akui kesilapanku. Doktor menyambung, "Bukan sahaja menyusahkan diri, menyusahkan orang lain juga! Tak ubahlah seperti penagih dadah. Sama-sama tak guna. Rokok ini haram!" Doktor, saya tidak berniat... "Saya tak kata kamu! Saya maksudkan orang lain," Aduh, bisanya!

Benar doktor, kata-kata doktor benar. Aku bersangka baik bahawasanya doktor ingin menyampaikan kebenaran, ingin melihat kebaikan. Namun, hatiku tidak dapat tidak untuk berkecil hati. Aku boleh pulang ke rumah dengan membawa penawar untuk sakit nafasku, tetapi aku juga tidak dapat tidak membawa sekali pulang hati yang telah remuk. Adakah aku salah? Adakah pula doktor yang salah?

Begini, setinggi-tinggi ilmu yang kita ada untuk disampaikan, semakin itulah kita perlu menghayati hati insan yang ingin disampaikan kebenaran itu dengan sedalam-dalamya. Ilmu yang benar atau nasihat yang baik, jika cara penyampaian kurang sesuai, boleh jadi kurang berkesan kepada pendengar, atau lebih teruk, sia-sia sahaja.

Petikan dari buku Sakit, Apakah Ubatnya? amat manis untuk dihayati, sangat bermakna untuk kita dalami.

Wahai anakku:

Kalaulah kamu berbahas atau berdebat bersama-sama kawan maka janganlah mengeluarkan hujah-hujah melainkan hujah-hujah yang tepat dan bernas. Janganlah kamu angkuh dalam mengeluarkan kata-kata dan hujah-hujah. Janganlah kamu mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mencerca, bila mereka tersalah hujah, berdebatlah dengan hati yang tenang, dengan cara-cara yang ilmiah, ini akan memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak. Cara-cara yang baik bercakap dengan tidak mencelah cakap-cakap teman engkau, sebelum habis bercakap dan janganlah engkau gopoh semasa menjawab. Jawapan kamu hendaklah tepat dengan tajuk perbahasan.
Aku sangat bersyukur berpeluang berdiskusi dengannya. Aku sangat sayang akan ilmu yang dia ada. Moga Allah kurniakan kita kelembutan lidah dalam berbicara, hingga mampu melembutkan hati yang mendengar, seterusnya menggamit seluruh anggota untuk melakukan kebaikan. Kita perlihara ukhuwah kita. Jazakallah!

6 comments:

Farhan Yusri said...

Emm... :-)
Bak dalam Al-Quran Surah An-Nahl:125

"Serulah pada jalan Tuhan kamu dengan berhikmah..."

Sebaik-baik nasihat tentu sampai ke hati kan? Sama ada cara lembut atau kasar selagi mana berhikmah tentu membawa kebaikan untuk penerima nasihat.

-Nice discussion ~Tapi macam terpaksa buat. ha ha ha-

Anonymous said...

hikmah dlm bicara merupakan salah satu kreativiti dakwah..
bukan dgn cacian juga cercaan..bahkan mungkin sj cercaan itu makin menjauhkan mad'u daawahnya dpd hakikat Islam.naudhubillah

alhamdulillah..gud post!:D

Ainey Nan said...

wing_0,

terima kasih.. betul tu. lembut biar berhikmah, tegas juga dengan berhikmah. laksana uthman b affan dgn lemah lembutnya, mahupun umar alkhattab dgn ketegasannya..

huhuhu.. tak terpaksalah.. tapi kesedaran.. (cewwah!! huhuhu..). jap lagi malas balik..

Ainey Nan said...

al-ikhsan,

syukran.. di bawah adlh ayat Quran yg dipetik bg melambangkan cara dakwah Rasulullah;

"...engkau telah bersikap lemah lembut kpd mereka (sahabat2 & pengikutmu), & kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu" (al-imran: 159)

Akhlaknya adalah al-Quran, kata Aisyah ra. :)

shimahz said...

memang berbisa bila ditegur begini.. biar pun si penegur tu berniat baik.. tp dlm x sedar ada sindiran yg terselit.. huh.. lukanya amat bisa.. hanya Allah yg bole membantu manusia dr dibinasakan rs marah

Nur Ruqaiyah Abdul Rahman said...

teguran kasar adakalanya sbb ALLAH nk kita sedar
ana pernah dimalukan dlam meeting dgn sorg girl yg freehair
cyap hempas2 meja lagi
ana yg banyak cakap pon terdiam
x dibuka kalam utk bicara
tapi bl pikir balik
mgkin ALLAH nk tegur ana dlm cara yg kasar
supaya kesannya lebih mndalam
supaya ana sedar..
ape pon mmg hak kita utk rasa tersinggung
namun sntiasa husnuzon pada ALLAH k..
ALLAH loves u sis.....

 
Dear Diary Blogger Template