Friday, April 25, 2008

Pengganti yang lebih baik.

"Aku tidak boleh hidup tanpa dia. Tiada siapa boleh menjadi pengganti,"

Oh, sedihnya.. Mungkin inilah bicara hati tatkala kehilangan orang yang tersayang. Merelakan pemergian insan yang mempunyai sudut istimewa di hati bukannya mudah. Hingga ada kalanya akal menghukum, pintu kebahagiaanku sudah tertutup! Eh?

Jangan begitu saudaraku.. Sedalam manapun kasih kamu pada si dia, dalam lagi cinta Allah pada kamu. Pintu kebahagian sentiasa terbuka. Berbaik sangkalah dengan Allah. Kamu dapat mengenali insan yang sangat istimewa itupun dengan izin Allah. Jadi, adakah sangat-sangat mustahil bagi Allah untuk menemukan kamu dengan insan yang jauh lebih baik dan istimewa dari dia?

Belajarlah berkasih sayang kerana Allah. Perpisahan boleh jadi jalan yang terbaik apabila tatkala bersama-samanya, kamu hilang cinta pada Allah. Hanya kerana mengasihinya, solatmu seringkali terabai, maruahmu tiada nilai, tangismu hanya untuk dia, dan pesan ibubapamu ternyata sia-sia. Janganlah demi cintamu padanya kau korbankan jiwa dan raga. Fikirkanlah, adakah yang lebih baik dari perpisahan ini dan cinta pada yang Esa?

Teman yang terbaik bagi kamu adalah ketika kamu melihatnya dapat menambah rasa cinta pada Allah, mendekatkan diri pada-Nya. Andai kata kita berpeluang mengenali orang-orang seperti ini, perliharalah sebaik-baiknya. Namun, jika perpisahan masih tidak boleh dielakkan, terimalah ketentuan Allah dengan reda. Bukanlah kamu tidak cukup baik untuk dia, tetapi itu adalah yang terbaik bagi kamu dan si dia. Kamu merancang, orang lain juga merancang, dan sebaik-baik penentu perancangan itu adalah Allah. Mari hayati firman Allah;

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah:216]

"Aku telah kehilangan insan yang sangat baik dan aku reda akan kehilangannya. Masihkah ada lagi insan yang terbaik bagiku, yang dapat menemani jalan-jalan menuju cinta Allah?" La tahzan.. (huhu) tetapi amalkanlah hadis dari Ummu Salamah yang sangat berguna ini, sabda Rasulullah;

Aku kepunyaan Allah dan aku kembali kepada Allah. "Ya Allah, berilah pahala kepadaku di dalam menempuh musibahku dan berilah gantinya yang lebih baik. [Riwayat Muslim]

Ummu Salamah mengamalkan doa ini selepas kewafatan suami tercinta, seorang pejuang Islam yang banyak berjasa dalam agama ini. Allah Maha Berkuasa. Benar, Ummu Salamah mendapat pengganti yang lebih baik! Siapa lagi kalau bukan Rasulullah! :)

7 comments:

Ainey Nan said...

huhu.. baru saya sedar.. jalan cerita & gambar menimbulkan kontroversi! jatuh cinta?

ya Allah,aku jatuh cinta.. pada-MU!!! ma fi qalbi ghairullah..

s h a f i q h a s h i m _____ said...

:D banyak maknanya article ni bagi diri saya.
Sekarang, saya tao kenapa Allah Swt tu memisahkan saya dengan ex saya walaupon dah hampir 4 tahun bersama.

bila dgn dia,solat pon lalai.
semua pon lalai.yelah 24 hours pon sms aje.

ada baiknya juga berpisah, kerana itu menunjukkan allah syg pada umatnya.thanks ainey.

shimahz said...

subhanallah
terima kasih atas ingatan.. artikel yg mnarik
cinta manusia yg keterlaluan hanya membawa kita kpd cinta dunia yg sia2.. nauzzubillah hi min zaliik

Ainey Nan said...

si rakan pena . v2,

jujur awak ni... moga Allah pertemukan dgn org yg baik2.. yg dapat mendukung atau sekurang-kurangnya menyokong cita2 awk slama hidup kat dunia ni.. huhu.. apa lagi kalau bkn isteri yg setia dn solehah..

ameenkan.. :)

Ainey Nan said...

s * h * i * m * a * h * z,

ayat yg cantik dn baik. huhu. kita berkasih sayang kerana Allah ye.. kalau jadi perpisahan, biarlah krn Allah juga.. :)

tarmizi89 said...

assalamualaikum...ai..erm..boleh tolong ajarkan sye cara nk buat blogger x???sye dh lupe la..sye dh ade blog sendiri tpi x tau nk upgrade mcm blog awk 2...huhu...
sye punye blogger id :
> tarmizi_under18@yahoo.com

tapi kalo de ym senang skit nk ajar..kalo awk de ym add sye :
> tarmizi_ninjaz09

harap awk dapat tolon sye...
sekian wassalam...

Ainey Nan said...

tarmizi89,

waalaikumusalam. upgrade? maksud awk nak tukar template blog ke? nanti sy buat post baru kat blog ni cara nak tuka template. sebenarnya mudah, tapi ada syarat yg mesti kena ikut.. huhu.

email sy : ainey_venture@yahoo.com.my

 
Dear Diary Blogger Template