Thursday, May 22, 2008

Tukar template Blogger!

Kali ini saya ingin berkongsi cara membina template blog yang menarik. Bagi yang belum memiliki blog sendiri, sila klik di sini untuk mendaftar. Hanya memerlukan tiga langkah mudah untuk menjadi blogger. Semoga berjaya!

Baiklah, kita teruskan tutorial penukaran template blogger.

1. Download template blog (fail .xml). Berikut adalah senarai templat blogger percuma;

2. Ekstrak fail jika perlu.

3. Selamatkan semua code pada layout.
Dari Dashboard blog > Layout. Code HTML yang pernah anda masukkan seperti kod chat box, hit counter, dan lain-lain perlu disimpan terlebih dahulu kerana pertukaran template akan merosakkan/ membuang kod html pada Layout. Klik Edit, salin, dan simpan kod.


4. Mulakan pertukaran template.
Dari Dashboard blog > Layout > Edit Html. Jika mahu, klik Download Full Template dahulu untuk simpan template asal blog anda (fail .xml). Langkah berjaga-jaga jika ada kesilapan selepas ini, anda boleh guna template ini kembali. OK?

5. Klik Browse dan Upload.
Masukkan template yang anda download sebentar tadi dengan klik Browse dan masukkan template (fail .xml). Kemudian klik Upload. Ingat!! Jangan salin kod dari fail .xml itu dan tampal pada kotak putih yang tertera. Bagi penukaran template, cara ini SALAH dan hasilnya memang tidak sama dengan kaedah upload. Template berkemungkinan tidak dapat disimpan (save).

6. Save Template.
Klik Save Template untuk penukaran template baru. Jika tiada masalah semasa proses ini, selalunya anda akan ditanya (tulisan berwarna merah) untuk membuang beberapa kod HTML pada blog asal anda. Ini bermaksud, beberapa kod html pada layout asal (seperti yang diterangkan dalam langkah 3) dibuang! Jadi, jangan terkejut jika beberapa komponen yang anda masukkan sebelum ini hilang! Saya sudah suruh simpankan?

Ada masalah? Template masih tidak berjaya disimpan dan keluar pernyataan "Bc_ _ _". Ada kesilapan kod pada fail .xml itu! Pada atas kotak putih, klik Expand Widget Templates. Cari lokasi kesilapan dan betulkan. Selalunya ada kod html yang tidak bertutup.

Alamak, syok sendiri nampaknya (huhu). Ada apa-apa soalan? Tutorial di atas hanya asas. Nak tukar kepada gambar sendiri? Nak tambah widgets lain?

18 comments:

Farhan Yusri said...

Emm...
Jadi cikgu blog. Bagus jugak tu.

Hampir-hampir rosak blog yang dibuat apabila cuba menukar template sebelum ni. Nasib baik dapat dibetulkan balik.
Ha ha ha... Gud luck.

Ainey Nan said...

kalau boleh, buat satu blog baru utk testing shj. kalau dah jadi bru test kat primary blog. boleh je terus test kat primary blog, tapi jgn tinggal step ke3..

ye, ma'a taufiq wan najah.. :P

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam, ana blajar ubah template macam yg nti ajar ni. tapi tak bace abis lagi waktu tu & sekrang ana tanggung padahnya. semua java script ana dah hilang. sedis rase..takpe la, amik pengajaran. blajar kene ikut step & biar habis baru aplikasi.. :(

Ainey Nan said...

waalaikumusalam, akhi Abd Ghafar..

huhu. tak mengapalah. sy bleh buat tulisan ini pon sbab sy dah melalui semua tu. huhu.

bagi sy.. orang yg hebat adalah org yg boleh kurangkan kesilapan dgn tidak mengulang kesilapan yg dbuat org lain.. wah^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

insyaAllah...syukran. skrg tgh blajar buat 'read more' plak. rumit gak..

zie1978 said...

assalamualaikum,
ainey
saya cuba beberapa kali tapi masih gagal dapat template yg saya suka huhguhu

Ainey Nan said...

waalaikumusalam, zie..

huhu.. gagal mcam mana tu? tak leh pasang ye.. nak sy tolong ke?

bagi saya link templat blogger tu. kalu takde aral sy try buat. insyaAllah. :)

zie1978 said...

ainey,
saya cuba wat template yg cantek2 tapi gagal lah..ala yg ainey link kan dalm blog ainey tuh..yang atas sekali...eblogtemplates.com.
jenis aspire...

Ainey Nan said...

zie..

sy dah try template tuh, klik sini kalau nak tgk. http://aineytest.blogspot.com/

fail .xml tu takde kesilapan. kalau donlod step by step ikut post nh msti xde mslah nak upload. huhu.. cuma, lepas brjaya upload, format tarikh kena tukar. caranya :

pegi Layout-> Settings-> Formatting -> Timestamp Format. tukar kepada “Tuesday, 5 August 2008″ (sebelum ini adalah “08:14 AM”)

ganbatte!

Unknown said...

Salam ainey.

Boleh KakChik copy tak kaedahnya tu? Actually KakChik dah plan nak tulis lbh krg mcm tu nak bagi kat kawan. Tapi nampak yg ainey punya dah kira cool, boleh ya.

Kali pertama ke sini.

KakChik

norsaritanaini said...

salam ainey...thanks sudi kongsi info...tp kan sy dah cuba banyak kali, tp tak dapat2...taktau dah nak buat cm mana...error kod html tu yg taktau cm mana nk buat dah...

QuLMinD said...

3. Selamatkan semua code pada layout.
Dari Dashboard blog > Layout. Code HTML yang pernah anda masukkan seperti kod chat box, hit counter, dan lain-lain perlu disimpan terlebih dahulu kerana pertukaran template akan merosakkan/ membuang kod html pada Layout. Klik Edit, salin, dan simpan kod.

salam ukht...

yg nti kate save kod HTML terlebih dahulu 2, nk save pd 1 tempat yg sama atau kene asingkan folder die?

blh save kt memo pad @ word kan?

afwan..

Unknown said...

salam.. t kasih ats info awk.. template saya pun dh cantik... cuma links n gedgets byk hilang.. ada cara x nk dptkan blk?

Atie said...

slm...code HTML tu mcm ne yer? bagaimana nk masukkan semula selepas pertukaran template berjaya...tlg ajar yer...

Masayu said...

memang cantik template di dalam web ini, sangat berpuashati... terima kasih.

Pu3 said...

Salam..
terima kasih atas info yang bguna nie :)

Lynn La Loy リンダ said...

U.. help me..
i terlupa nak donlod templates lame..
i dah rosak kan blog i.
skarang menu for edit html dah hilang.. tertukar jadi classics punya.
and nak add widget pon tak boleh..
how? please help.. :)

ariey said...

wah.. menjadi.. Ingat susah... Terbaikkk

 
Dear Diary Blogger Template